Resepi Egg Sandwich Bila Lapar Tengah Malam-Malas Masak

Ceritanya bila malam je tiba-tiba perut lapar dah tak ada keje lain.

Kadang-kadang terpaksa la buat roti sandwich telur.
Bahasa orang putihnya Egg Sandwich. Hehehehe.
Itupun roti memang hari-hari jugak la beli.
Isinya buat siap-siap simpan kat peti ais
dan tinggal sapu je nanti bila teringin.

Resepi isinya ringkas je (bagi aku la-dasar taknak keluar peluh) :
1. 3 biji telur - yang telah siap direbus, buang kulit,
kemudian lenyek je dengan garpu
(ikut cara masing-masing nak lenyek guna)
2. 2 sudu Mayonis - aku guna jenama Ladychoice
(beli yang pek 1kg-RM8+-, pastu masuk bekas kosong, lagi jimat)
Kemudian telur dan Mayonis digaul sebati bersama.
Nak letak garam sikit ke, pepper ke, timun ke, tomato ke, sayur ke.
Telur buat lebih dan Mayonis letak sesedap rasa korang pun
tak apa. Janji korang yang makan dan habiskan sendiri. Hahaha.

3. Roti - tak kisah brand apa pun. Janji sodap. Hahahaha.

Sekian, edisi Resepi si pemalas kuat makan. Senang dan mudah.
Cepat kenyang dan lapar balik.

Gambar tarak sebab egg sandwichnya dah selamat dalam perut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan