Hari Bapa Hari Ibu yang dah lepas

Sempena hari bapa yang dah lepas hari tu.. Aku teerrrrrr rajin buat donut dan donut sosej.. Kek ada beli rm10 je kat Giant Batu 9 Hulu Langat (gambar tak ingat nak ambik.. kalau sempat balik nanti la snap gambarnya itupun kalau tak habis lagi.. ahaha..)
Resepi donut tu pula dapat dari Dak Ain Chubby dia sharing.. Menjadi jugak walau aku buat kecik besar kecik besar tak sekata kuihnya.. Hahaha..
Petua dak Ain nasihat baca Bismillah banyak-banyak supaya menjadi.. Hihihihi.. Penat gak menguli doh..
Dah tahu buat senang nak makan dan buat banyak-banyak sesuka hati nanti.. Hahahaha..
Apa-apa aku, mak, adik-adik sayang ayah.. Tanpa ayah siapalah kami.. Terima kasih membesarkan kami.. Ya Allah, kasihani dan sayangilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani dan menyayangi kami di dunia ini..
♥ Emak ♥ Ayah
Gambar selingan - Emak dan Ayah cuba pakai baju konvo aku-2010 dulu.. Alalalala so sweet.. Ahahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan