Jalan Beli Belah dan Makan di IOI Mall Putrajaya

Tahun lepas waktu aku pergi IOI Mall ni baru buka -
parking free, orang ramai macam sardin dalam tin
terutama di tempat makan, kedai cuci-cuci mata tak
banyak yang buka dan tak tahu mana hala nak tuju
sebab besar sangat buat diri ini terasa lelah dan
sempuuuuut. hihihihihi.

Hari Ahad lepas saja nak lepak-lepaking dengan
adik Alin pergi la menuju ke IOI semula.

Jalan pusing-pusing tengok map mana tempat
cuci mata dan beli belah barang yang menarik.
Map dia memang lah, aku yang tak faham atau
map tu yang bengong, tak ada 'You are Here'.
Susah nak agak kat mana waktu tengok map tu.
Kena pandai-pandai sendiri la.

Tempat yang sempat aku singgah cuma lah DAISO,
Wayang tapi tak tengok pun, Ice Skating tapi tak main,
District 21 pun tak main gak, Bowling pun tak main,
dan cuma lalu-lau je la tempat shoping semua tu.

Tempat makan pulak aku cuba Texas Chicken.
Rupanya sedap dan murah tak hingat. Ambil yang
set ni lepas GST baru RM6.30.


Aku beli satu set 1PC CHICKEN + ala carte
TENDER WRAP. Murah je dan berbaloi.
Set ayam dia ada ni seketul - Honey butter biscuits.


Memang sedap. Lepas ni akan menjadi satu
tempat feberet aku kalo singgah ke IOI lagi.
Wifi pun ada dan laju. Air pulak boleh refill
banyak kali sampai perut kembung. Hahahaha

Tu je nak cerita. Jom gi IOI Mall sama-sama.
Tapi korang belanja. Dapat Texas Chicken pun
dah kira bersyukur. Alhamdulillah. Hihihihi.

Ni aku belanja gambar yang aku ambil -











Sekian saja blog sudah update. Daaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan