Kek Batik Sedap.. Hahahaha

Hari tu nampak kek batik kat petronas, mahal nau sampai RM3 tiga potong kecil..
Balik rumah fikir-fikir teringin sangat.. Esoknya terus beli bahan-bahan nak buat kek batik..
Nasib tak leceh sangat bahan dia.. Buat sekadar yang mampu dan janji sodap.. Hahahaha

Bahan-bahan main campak je.. Janji jadi..
1. Butter - jenama apa-apa pun boleh - Setengah buku/1 buku
2. Susu pekat manis - 1/2 tin
3. Milo/Serbuk Minuman ala-ala milo - 2 cawan
4. Air sikit kalo rasa pekat sangat sebab nanti nak gaul dengan biskut
5. Biskut apa-apa pun boleh janji yang macam biskut meri tu - agak2 sndiri main campak je kan.. Hahahaha

Cara-cara :-
1. Cairkan butter, api kecil, elakkan guna sudip besi nak gaul supaya tak melekat.
2. Masukkan susu pula kemudian serbuk Milo tu. Gaul hingga sebati.
3. Letak air sikit supaya bila letak biskut kemudian nanti biskut tu serap air. Nanti kalau nak potong kek batik tak ada lah keras macam kayu.
4. Tuang la dalam bekas dan sejukkan. Nak lagi sedap letak dalam peti ais sejam dua. Sejuk-sejuk pun sedap..

Nah belanja gambar je.. hihihihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan