Iftar 20 & 21 Ramadhan 1436H-2015M

Ceritanya gini, mula-mula hari selasa tu aku tak plan, ajak je member aku ni nama dak Shu sementelah aku baru dapat gaji.. Dia on je sebab memang dok dekat senang.. Hahaha.. So, siap-siap beli makanan kat bazar, cari port nak duduk lepak makan (tidur tak boleh la ye)..hahahaha

 


Hari Rabu member lagi sorang  dak Izie cuti plak, ajak lagi sekali apa lagi mestilah aku boleh sementelah bonus bantuan raya pulak dah dapat.. Alhamdulillah.. Hehehehe.. Sampai je kat tempat dijanjikan niat hati nak makan KFC dari KFC Bergerak la tapi tak jadi sebab set KFC nye mahal.. Set D cuma ada air, cheezy wedges dan dua ketul ayam kalo tak salah dah RM18.. Memang tak lah.. Terus kirim kat member yang dah ke bazar.. Tu la, sombong lagi kunun nak makan KFC malas nak gi bazar.. Hambeeekkk.. Hahahaha..








Dua-dua kali pergi tempat sama kat padang depan Perbadanan Putrajaya.. Tak ada lah sesak sangat sampai tak dapat tempat duduk.. Mungkin sebab hari bekerja, kalau Sabtu dan Ahad pastilah sesak dengan anak-anak kecik lagi, mesti meriah.. Meriah, Meriah dan MERIAH.. Hahahaha.. Apa-apa seronok jumpa member lama ex Kolej Uniti batch 2007-2010 walaupun bertiga je.. Ambik gambar welfie guna monopod pun kecoh, padahal tiga orang je.. Orang muda dari kami tengok jer.. Sabar ye, kami dah lama tak jumpa gini la dan susah nak berkumpul.. Ok tu je, babai.. Semoga dapat jumpa lepas raya pulak.. Hahahahahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan