PANGGILAN TEMU DUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED W17

Siapa dapat? Ahkak dapat. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Jom sama-sama bersedia untuk ini. Hahahahaha. Gembira tak terkata.

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu panggilan temuduga (temuduga je pun, belum lulus, apa-apa bersyukurlah kan). Akhirnya dapat juga peluang yang ini.

Semalam dapat sms dan emel khabar berita baik ni. Mak Ayah ahkak pun turut gumbira. Masing-masing teruja.

Walaupun dah banyak dapat panggilan temu duga. Tapi ini yang boleh ahkak hadirkan diri sebab tiada pemeriksaan fizikal. Kalau ada confirm ahkak awal-awal tak lepas. Hewhewhew.

Dan yang Suspend nya. Ahkak dapat tarikh awal giler. 27hb Oktober 2015, 8.00 Pagi, Selasa minggu depan kot. Alahai tak menyempat dah ni. Kawan ahkak pun ada yang dapat. Tapi dia lambat sikit 05hb November 2015. Sangat beruntung. Hahahahaha

Jadi, ahkak sekarang kenalah buat persiapan dengan rapi mulai saat dan ketika ini. Sudahlah sibuk dengan urusan kerja. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah. Amin.

Persiapan yang ahkak sediakan ikut syarat dan peraturan yang pihak SPA nak.

Contohnya macam yang ahkak dapat emel ni.


Sekian. Panjangkan doa untuk ahkak ye. Umur dah 26 tahun. Berharap sangat dapat kerja yang menjamin masa depan.. Ye idok?? Hehehehehe..


Noted : Setelah sekian lama tak update. Baru update bila dapat berita yang sungguh gembira ini. Siap dua entry pulak tu. Satu entry gembira, satu lagi entry perasaan takda. Hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan